Saturday, September 27, 2008
Sunday, September 21, 2008
UiTM dihatiku...

Mengapa UiTM? Jawapnya ialah aku juga dari sana,dah titik. Bagi pelajar yang telah melihat poster ini terpampang diruang legar FFSR dan mahukan penjelasan lebih lanjut boleh kemukakan pertanyaan terus disini. Okey kita pergi straight to the point, iaitu pencarian bakat muda lagi baru didalam pembikinan cerita pendek yang tengah kami jalankan sekarang. Ini bukan upacara ingin mengambil kesempatan tetapi lebih kepada memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan apa yang telah dipelajari di fakulti keramat ini. Rekabentuk tidak akan kemana sekiranya tidak mempunyai aura komunikasi yang baik jadi kami di Indeworkshop akan menjadi landasan kesana. Konsep 'win-win' juga ada disini, jadi siapa yang berminat?
Thursday, September 18, 2008
Storyline
adiwira thumbnail pg2
Perkara pertama yang biasa aku lakukan kalau dah plot ialah membayangkan keseluruhan shoot yang dilakukan,biasanya dengan lakaran kecil menjadi treatment aku dan dilakukan serta merta ketika ilham datang. Cuma thumbnail ni hanya untuk pemahaman aku untuk pergi ke proses seterusnya. Stortboard yang detail sedikit akan diperlihatkan nanti.
Wednesday, September 17, 2008
Sepatutnya

Syukur aku masih hidup. Adiwira,apa tu?ada kenalan yang dah tahu pasal Adiwira dan ada yang belum. Ada yang tertunggu-tunggu kemunculan cerita ni. Aku pun sebenarnya taksabar menanti. Ada jugak yang kata aku ni pandai bercakap je tapi takde akhiran. Ada sedikit cabaran yang aku hadapi ketika pembikinan pre produksi Adiwira yang sepatutnya ditayangkan bulan Ogos lalu. Ada crew dan cast bertukar. Yelah cakap pun tak gunakan, tapi syukur ada insan yang masih percaya kepada sebuah impian, sekarang aku tengah mengumpulkan team yang baru untuk menjalankan cerita inde yang bertajuk Adiwira ni. Aku akan memperkenalkan watak dan personaliti yang terbabit untuk mencerminkan intipati cerita ini.
Buat team-team pre pro,kita akan setup balik.turus je jalankan gerakkan ni. Selamat bekerjasama. Aku harap kita semua boleh terbang bersama kali ni. Aka mengharapkan sokong sahabat handai yang mengenali. Harap2 aku boleh tunjukkan sedikit kelaian. Insyaallah aku akan memberi laporan dari masa ke semasa untuk tatapan semua.
Sokonglah projek inde tempatan!
Tuesday, September 16, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)

